Tuesday 23 September 2014

HQ SHAKLEE berpindah.

Sabtu yg lepas bersamaan 21 sept 2014, cheq amy p HQ baru shaklee di Persiaran Lagoon, Bandar sunway....area-area sunway Lagoon, kalau p sana InsyaAllah tak sesat ok...Ramai yg dah tau kot, 

HQ shaklee dah berpindah....tapi tak pe, yang dah tahu tu bagus...memang anda alert pemindahan HQ shaklee hehe...yang tak tau lagi...meh nak bagitau....HQ shaklee dulu di Empire Tower, subang jaya...sekarang tidak lg.....HQ shaklee berpindah di :-

SHAKLEE MALAYSIA HOME OFFICE (HQ)
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
Level 9, The Pinnacle,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Business Hours,
Monday - Saturday
10.00Am - & 7.00Pm

HQ kali ni besarrr...macam-macam ada...hehehhe..tempat nk bermeeting pon besar n banyakkk, tmpat nk melepak pun luas, kaunter pun dah banyak,tak perlu nak tunggu lama2... yang paling best in the world ada tempat PERMAINAN KANAK-KANAK..so kalau datang bawa anak2 nk duduk lama kat sna, memang sangat la BEST!! tapi hari tu,tempat tu close, maybe sabtu tak buka kot...so tak dapat la nak snap pic tmpat tu..sedih pulak :(

Tak nak banyak berbicara, meh layan Pic yang leh bantu korang kalau nak p sana...okies...Jom layan.....

                                    ni la bangunan Pinnacle Sunway.


                  korang nampak je de tulisan ni, xpayah pusing2 p terus parking
                 kt depan bangunan ni or kt dalam bagunan....ok...

                    masuk je pintu bangunan...tu diaaa kena register,bagi IC
                    then diorg akan bg kad tuk msuk....

                           shaklee level 9, yg canggih ye kt bangunan ni,
                           bukan msuk bru tekan level, kt luar sblum pintu lif buka,
                          korang dh kena tekan dulu level berapa korang nak p...

                       see, banyak kan kauter yang ada, tak ingat pulak de bape kanter hehe


ni ada beberapa pic dari dalam HQ shaklee....sedih ye xdapat nak ambil pic tempat permaianan kanak-kanak....sedihhhh...tapi xpe....HQ baru ni banyakk gak kemudahan surau pun ade sekali..mmg selesa sgt la kalau nak duk lama2 :)




Memang seronok la kalau nak membeli belah kat HQ baru ni, Siapa yang belum pernah p HQ baru, sila-sila la p ok....cheq amy sgttt la teruja bila p sebab masuk je byk ye brg berwarna HIJAU....sbb hijau adaah feveret kaler cheq amy wink.....



Sharing is caring.....

Sunday 21 September 2014

Set Ibu Mengandung SHAKLEE

SHAKLEE menawarkan nutrisi PENTING bagi IBU yang hamil sepanjang tempoh sebelum & selepas kelahiran bayi. SET ini SANGAT JIMAT kerana produk ini digunakan secara berterusan dari kehamilan hingga berpatang & menyusu.

Kesihatan keseluruhan & pemakanan seorang wanita, sebelum & selepas kehamilan mempunyai kesan terhadap kesihatan bayi yang sedang membesar.

Kehamilan menyebabkan :-
  • Beban besar bagi badan
  • mengurangkan nutrien dalam badan dengan cepat
  • hormon menjadi tidak seimbang
  • berat badan bertambah

MENGAPA nutrisi penting ketika kehamilan?
  • Kesihatan Ibu - agar si IBU berupaya mengandung bayi sehingga lahir
  • Perkembangan bayi sihat
  • Kelahiran tanpa Komplikasi
  • Proses pemulihan cepat- waktu berpantang
MENGAPA nutrisi penting ketika berpantang?
  • Pemulihan
  • Pengeluaran susu
  • Megurangkan penyakit pada bayi
  • Meningkatkan kesihatan badan (osteoporosis, bahu/tulang punggung)

SET CADANGAN produk SHAKLEE

Semasa & selepas hamil
  • Energizing Soy Protien (ESP)
  • Vitamin C Plus
  • Vita- Lea
  • B Complex
  • Ostematrix
Produk Tambahan ( bergantung kepada budjet & keperluan)

Semasa hamil :-
  • OmegaGuard
Semasa berpantag
  • Alfalfa
  • Zinc ( sangat dicadangakan kepada yang bersalin secara pembedahan)

Anda akan di konsult sepenuhnya setiap produk yang di beli daripada cheq amy. Cadangan produk akan diberi bergantung kepada kesihatan, budjet & kesesuaian anda.

Ikuti fungsi & kelebihan setiap produk di entry akan datang.


Sharing is caring.....

Friday 19 September 2014

Tips hadapi Krisis Pemulihan

ok entry kali nak bg tips kt u oll untuk hadapi krisis pemulihan semasa/selepas pengambilan supplement Shaklee...

TIPS HADAPI KRISIS PEMULIHAN 
  • BANYAKKAN MINUM AIR
-Bukan air berkafien, bukan air manis, bukan air bergas TETAPI AIR KOSONG ( minum LEBIH BANYAK dari biasa)
  • JANGAN BERHENTI MENGAMBIL VITAMIN
- kalau berhenti jgn salahkan vitamin xelok & xsesuai dgn anda,sbb vitamin baru sahaja nak tunjuk "taring" dia melalui krisis pemulihan..
  • KURANGKAN DOS/JENIS VITAMIN
- contoh selalu ambil alfalfa 5biji, tetapi kurangkan kepada 2-3 biji sehari..( pengurangan vitamin sila refer SID anda terlebih dahulu)
  • POSITIF & SABAR
- perkara yg penting dalam setiap hal..sebab apa yg kita pikir,itu la yang di terjadi so think positif..
  • DOA
- perkara yang jgn dilupakan...setiap urusan hendaklah sentiasa berdoa agar dipermudahkan.


Mudah bukan?? Insyaallah diharap tips ini dapat membantu anda menghadapi krisis Pemulihan anda...



Sharing is caring.....


Thursday 18 September 2014

Sakit Teruk SELEPAS Pengambilan Supplement SHAKLEE??

Assalamualaikum...

post kali ni nak share ngn u oll KRISIS PEMULIHAN atau bahasa glamor ye Healing Crisis...apa benda tu??? tiap kali mereka yg mencuba/ membeli product shaklee dgn cheq amy, setiap kali la cheq amy sentiasa berpesan KEMUNGKINAN permulaan akan menghadapi krisis pemulihan...apa tu?? penyakit ke?? meh nk story bg clear...

Rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee??
  • Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Memang wajib ke krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

dulu, cheq amy pernah cuba supplement vitamin B complex jenama Bio -LIFe  gara2 nak naikkan berat badan, dulu kurus keding...bila cuba 2week saya high fever bdn naik ruam-ruam...teruk...tp gara nk gemuk ye psl cheq amy abiskan jugak vitamin tu...abis je mmg naik berat badan...hehehe :) masa tu xtau lg demam tu tanda krisis pemulihan....
  • Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Krisis penyembuhan petanda yang baik ke? 
  • Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Semua orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
  • Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Lama ke tempoh  krisis penyembuhan ini?
  • sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Sebab apa yerk ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi anda masih lagi tidak merasai sebarang perubahan?
  • Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti :-
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
so u oll dah paham apa & mengapa heling crisis tu terjadi....now nk bgtau plk simptom yg biasa berlaku dalam krisis penyembuhan ni....kt bawah ni ada beberapa simptom & punca@ penyebabnya...

Sakit kepala  yang melampau
-Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat
-Meningkatkan metabolisma,merangsang fungsi imunisasi badan

Cirit-birit, 
-meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin,
usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam ususbesar

Kembung perut
-Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
-Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema,
-Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Pendarahan Hidung
-Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Rasa sakit pada otot dan sendi
-Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian 
-Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
-Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu,
-Hormon yang tidak seimbang /perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak

Lapar, 
-Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit,
-tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Edema (membengkak)
-Masalah buah pinggang

nanti saya sambung tips hadapi healing crisis (Krisis Pemulihan) pulak..... klik di sini






Sharing is caring.....

Wednesday 17 September 2014

lama blog ni tidak di updated....

maafkan ye....

3rd pregnant ni...penyakit "M" makin kuat pulak menyerang :( lagi- lagi nk hampir ke due bersalin penyakit M nie mkin kronik plk huhuhu.... (penyakit M nie Penyakit Malas heheh)

atas kesibukan harian uruskan kerja2 yg sedia ada plus order barangan shaklee, untuk updated blog, kurang skit..Insyaallah akan ambil masa sedikit untuk updated blog ni dgn info2 kesihatan tuk anda...

kepada mereka yang nk order or chat mengenai produk Shaklee yang ada FB bole search :-

page             : https://www.facebook.com/pages/Double-Healthy-e-shoppe  or

personal FB : https://www.facebook.com/amylia.zuliana







Sharing is caring.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews