Wednesday 12 August 2015

Kanser Retinoblastoma

Sebut je perkataan K.A.N.S.E.R semua ngeri untuk mendengar ye kan? termasuk la diri ni...kali ni just nak share untuk semua tambah ilmu & pengetahuan ( dah lama nak tulis tp tak kuat lg)...nak baca di persilakan...tak nak baca abis pun tak apa...saya coretkan khas untuk cheq amy saya AMNI SYAKIRA...sebab apa ek??

jom baca..
jom baca..
jom baca..

SEBAB anak cheq amy, amni syakira adalah salah seorang pesakit KANSER RETINOBLASTOMA UNILATERAL....Sebelum nak cerita secara detail,kena kasi explain skit kt korunk semua bagi korunk faham & bayangkan & tahu apa tu kanser retinabalstoma.

APA ITU KANSER RETINOBLASTOMA?

Retinoblastoma adalah kanser mata kanak-kanak yang boleh berlaku pada bila-bila masa bermula dari dalam kandungan (biasanya ketika lahir) hinggalah berumur lapan tahun. 

Ia adalah kanser malignan pada retina mata. Kanser malignan bermakna ia berbahaya dan boleh merebak sama ada ke mata sebelah lagi atau ke organ badan yang lain.

Kanser mata ini boleh berlaku pada sebelah atau menyerang kedua-dua belah mata. 

Sehingga kini punca sebenar retinoblastoma tidak diketahui dengan tepat kerana ia boleh berlaku secara spontan atau disebabkan faktor keturunan.

Retinoblastoma boleh dianggap kanser yang jarang berlaku dan di seluruh dunia kadar kelaziman kanser ini hanyalah tiga peratus daripada jumlah semua jenis kanser kanak-kanak. 

Kanser ini bermula di retina iaitu bahagian mata yang sensitif pada cahaya dan membolehkan kita melihat.

Apabila ia berlaku pada sebelah mata, ia dipanggil retinoblastoma unilateral dan jika membabitkan kedua-dua belah mata, ia dinamakan retinoblastoma bilateral. 

Hampir 60 peratus kes retinoblastoma menyerang sebelah mata dan kajian mendapati lebih 90 peratus kes di dapati tidak mempunyai sejarah keluarga pernah mengalami penyakit ini.

Ha? dah paham tak??kepada ibu bapa tolong jangan buat2 tak paham!! anda perlu tahu. camana nak tahu & kesan?

cer tgk pic bawah ni...

sumber google
1st time bila dah nampak macam tu apa lg...mula la cheq amy take action!!! next story..part 1 cheq amy sambung.....




Sharing is caring.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews