Wednesday 26 August 2015

Kanser Retinoblastoma Amni Syakira (part 4)

Part 4

27.11.13 (Rabu)

Dukacita ye, hari ini amni kena masuk ward seperti di jadualkan oleh Doctor untuk membuat analisis mengenai kanser RB amni samada kanser tu berbahaya@ tidak?, kanser satge berapa? perlu buang @ tidak?

So, petang ibu, papa n amni dah register untuk masuk wad kt HKL bahagian wad Oftalmologi tingkat 4, sepatutnya kena register tengahri, sbb doctor bius nak datang tgk, tp sbb kan ibu dalam awangan lg..so petang dalam kul5 lbih baru p daftar huhuhu...

so lepas daftar, dapat katil, ibu papa n amni p makan area Kg baru tuk mkan malam...masa makan macm2 soalan anta antara ibu n papa...soalan yang papa tak leh jawap dekat ibu "kalau doctor kata kena buang mata tu, papa setuju tak? jawapan papa hanyaa tunggu esok... :'( lepas makan, bermalam la ibu n amni di hospital...pertama kali ye ibu bermalam di HKL..sebelum  ni hanya pernah bermalam di hospital lain msa bss7uersalin je ok...

di sini la wad mata amni kt hkl..

28.11.13(Khamis)

Hari yang sangat mendebarkan ibu & papa....!!! Ya Allah, hanya tuhan saja yang tau hati ibu, dari semalam tak boleh tido..kepala berpusing pikir macam2...hari ini, amni orang yang PERTAMA dalam list tuk msuk bilik operation...pagi2 lepas subuh nurse dh kejut tuk siap2..cz kul 7lebih dah nak kena p bilik operation. ibu siap2kan amni, amni kena puasa dari semalam..cian amni, bila bangun minta susu, tp ibu tak bleh nak bagi, sbb nurse cakap xboleh bg susu 2jam sebelum operation takut saluran penafasan stuck dengan susu...so ibu takut nak bg..menagis2 amni, budak kecik apa yang diorang paham kan..hati ibu mse tu sayu je..sorry ye amni, ibu tak boleh nak bg..sob..sob..sob...

tepat jam 7.25pg, nurse panggil tuk p bilik operation...nasib dekat je..bawah 1 level dr wad mata..so papa dukung amni..mase tu amni dalam mood tido lg...smpai bilik operation, hanya di benarkan masuk seorang penjaga je...so ibu la masuk..(kaki dh gelong2 skit, xberani sbnarnya)...

sebelum msuk bilik OT doctor buat pengesahan semua...baru doctor suruh bawa amni masuk bilik OT. habis pengesahan semua, nurse ajak bawa amni msuk ke bilik "keramat" ( mana tak keramat, sape yg rela nk msuk bilik tu kan)..bila ibu masuk je bilik tu..YA ALLAH!!!!jantung ibu trus jatuh!

nanti sambung lg yerk...tahap ni..dah xboleh nk cerita..bila terbayang segala2nya....Allah saja yang tau perasaan yang bercampur-campur.ok time lunch hour.



Sharing is caring.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews