Friday 28 August 2015

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!!


Lagi 2 hari sahaja malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 58!!! & pasti tahun ni cuti agak panjang...bermula 29/8/15 (Sabtu) Hingga 31/8/15 (Isnin) so, ramai yang mengambil peluang bercuti kemana2, balik kampung or duduk rumah je kan tengok tv haha...

Disebabkan cuti panjang, kemungkinan che amy tak akan berblog, maka che amy nak ucapkan awal2 " SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG KE 58" kepada semua blogger Che amy khas ye & umum untuk semua pembaca blog che amy...berhati2 dijalan raya ok..yang memandu sila ingat orang tersayang....wah!! dah macam iklan nasihat percumaJ

Jom kita tgk KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews