Wednesday 19 August 2015

Osteoporosis.

OSTEOPOROSIS??

pernah dengarkan...sakit yang dialami semua orang berkaitan TULANG....

Osteoporosis ni masih menjadi isu kesihatan yang besar . Walaupun pengambilan produk tenusu dan kalsium yang lebih daripada mana-mana penduduk lain dalam dunia, kita masih mempunyai salah satu kadar tertinggi penyakit melemahkan. osteoporosis sering dianggap sebagai satu penyakit yang memberi kesan kepada orang tua, ia boleh menyerang pada sebarang usia. INGAT sebarang usia...

Kalsium paling banyak terdapat pada tulang dan gigi, pengambilan harian kalsium tidak mencukupi, maka akan diekstrak erti kata lain kalisum "diagihkan" dari tulang dan gigi sbb tu kalau orang yang dah berusia byk yang gigi rosak la tercabut la,jalan dah membongkok,kalsium byk hilang tak diganti lain..bahagian gigi & tulang la "dia" p amik nak hidup.....ermmm :'(


Pengurangan kalsium untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kerapuhan tulang atau osteoporosis. Tulang akan mulai menyusut pada usia 30 tahun, jadi mengamalkan pengambilan kalsium yang mencukupi amat penting sebelum usia 30 tahun.

perbezaan tulang normal dengan tulang yang dh kekurangan kalsium

secara umum bahawa wanita lebih memerlukan kalsium daripada lelaki; kerana wanita amat memerlukannya sepanjang menjalani pelbagai peringkat kompleks dalam hidup, seperti mengandung, bersalin, berpantang, menyusukan anak malah semasa kedatangan period/semasa menstruasi.



SIMPTOM OSTEOPOROSIS

Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.

Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.

Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.

KLASIFIKASI OSTEOPOROSIS

Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary)

Osteoporosis Primer

Antara sebab-sebabnya ialah:-

1.Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah

2. Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis

3.Tidak diketahui- jarang berlaku

Osteoporosis Sekunder

Antara penyebabnya ialah:-

1.Penyakit endocrine spt Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis

dan hyperparathyroidism.


2.Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan),

Heparin yang digunakan untuk waktu lama dan Ubat sawan seperti Phenytoin

3.Penyakit-penyakit kronik seperti kerosakan ginjal atau buah pinggang, penyakit hati seperti

liver cirrhosis, penyakit malabsorption iaitu selepas pembedahan buang perut dan

penyakit sendi kronik spt Rheumatoid arthritis

4.Lain-lain seperti nutritional iaitu kurang pengambilan zat kalsium dan juga

penyakit barah.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

a)Pengambilan kalsium dan Vit D yang mencukupi

Rakyat Malaysia dikatakan mengambil hanya 300-500 mg susu sehari sedangkan,

Bagi wanita 19-49 tahun – 800 mg sehari diperlukan

Bagi wanita lebih dari 50 tahun – 1000 mg sehari diperlukan

Dicadangkan agar di samping minum susu, diambil juga tambahan pil kalsium karbonat atau kalsium sitrat.

Vitamin D pula, kalau kita terdedah pada matahari selama lebih dari 15 minit sehari, maka sudah mencukupi untuk kita. Bagi, wanita yang berumur, terlantar di katil atau yang kuran membuat aktiviti di luar, maka diperlukan 800 IU sehari yang boleh didapati dalam pil multivitamin atau kalsium. Vit D juga boleh didapati dalam telur, daging dan ikan salmon dan sardin.

b) Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2

c) Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan

Seeloknya 3-4 kali seminggu untuk 20-30 minit setiap kali untuk mengekalkan

keseimbangan hormone.

d) Kepentingan postur atau cara yang betul untuk duduk, jalan dan berdiri, juga untuk angkat

barang, di mana pamphlet boleh didapati di klinik dan hospital.

e) Elakkan minuman berakohol

f) Kurangan pengambilan kopi, teh dan coklat

g) Elakkan merokok

h) Bagi wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera

SUMBER : https://wanitaisma2009.wordpress.com/2010/02/07/osteoporosis-di-kalangan-wanita/


anda perlukan tambahan kalsium?  klik disini untuk kalsium mudah ,selamat & semulajadi



Sharing is caring.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews