Tuesday 29 September 2015

Header baru..blog lama

Assalamualaikum....

kihkihkihkih.......

terkejut tak tgk blog che amy ye?? ha, tak terkejut sangat kan...sebab blog che amy ni idok la lawa sangat nak di bandingkan blog korang yang amatur....

Jangan di tanya kenapa banyak sangat warna HIJAU?? opsss! bukan sebab che amy SID SHAKLEE kena warna hijau...TETAPI hijau tu adalah warna feveret che amy! ha, memang kalau suruh pilih warna lain che amy tak tau nak pilih warna apa, mesti nak pilihhijau jugak.... sapa kenai che amy, memang confirm la dah tau bangat..hahaha

Tak apa, InsyaAllah nanti che amy nk attend kelas blog anjuran Jutawan Shaklee ye group timba ilmu banyak2 haha...

ok...harap korang tak jemu nengok blog che amy yerk.....

p/s : boleh betulkan kan ke ek, kalau nama blog ditukar?



Sharing is caring

Monday 28 September 2015

Gempar : Shaklee di Suratkhabar Sinar Harian

sumber : fb Kulit cantik sihat semulajadi


Product baik & mendapat kelulusan KKM, tak perlu diragui....

Shaklee yang sentiasa mendapat perhatian...( jangan tak tau, ade page kt fb kemain hentam product shaklee, minta bukti,senyap je)

Pengguna yang penting kena KONSISTEN & ISTIQAMAH di atas bukti landmark study yang saintis dunia jalankan...(Shaklee sebelum keluarkan product, kajian terperinci dijalankan bukan keatas haiwan yerk)

Pengguna yang ke 2 penting kena cari Shaklee Independent Distributor (SID) yang berpengetahuan tentang product & tidak lepas tangan....InsyaAllah che amy adalah SID yang boleh dipercayai hehehe 2 sebab :-

1- che amy sudah menghadiri kursus Wellness workshop ( bengkel kesihatan) mempelajari semua product shaklee (Cara makan, kandungan product, sesuai @ cadangan untuk siapa, siapa yang perlu n mcm2 la)... join end of year 2012, 2013 attend workshop, 2014 tak sempat nak attend sebab fokus pada amni (cancer Fighter), 2015 InsyaAllah...coming soon.

2- che amy sentiasa follow up dengan customer, walaupun hanya membeli sebotol vitamin C shaklee, tiada istilah lepas beli, lantak dema la nk makan lagu mana NO...NO....NO....!!!!

3- segala product shaklee yang che amy share adalah pengalaman sendiri yang sudah merasai 
"kepower" an product shaklee untuk keluarga.


macam sijil budak U  je kan...hehehe

Nak tahu lebih detail, dan ingin dapatkan produk?klik SINI kalau nak tahu cara order .



⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
'Call/SMS/WhatsApp: 012-653.9060 (Amylia)
PM FB https://www.facebook.com/pages/Double-Healthy-e-shoppe

   COD Area:SELURUH KAWASAN AMPANG, KUALA LUMPUR (KLCC, AMPANG PARK,SEKITAR BUKIT BINTANG) CHERAS, KELANA JAYA , & SUBANG


Kiraan & Waktu subur Wanita

KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
  •  Untuk memudahkan mendapat zuriat ( ini untuk mereka yang ingin hamil)
  • Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat. (merancang kehamilan- kira belum ingin hamil)

Kedua-duanya adalah sama penting...untuk wanita di luar sana, SAMADA anda ingin hamil @ tidak Waktu subur adalah perkara yang perlu diambil kisah ok!

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari.Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

KITARAN HAID Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari.
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya ingin merancang untuk hamil.

KITARAN HAID Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, sel endometrium akan menebal pada dinding rahim untuk persediaan hamil.
Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam sarung selaputnya akan menjadi semakin matang.

KITARAN HAID Hari 14
Waktu inilah satu proses ovulasi berlaku di mana benih wanita yang dipanggil ovum terkeluar daripada sarung selaputnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH) berlaku.
Sekiranya tiada persenyawaan, ovum akan akan mati dan hilang.
Sekiranya ia disenyawakan, ia akan bergerak melalui saluran falopio ke rahim untuk "ditanam " ke lapisan endometrium. Kemudian ia akan berkembang menjadi janin.

KITARAN HAID Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas benih wanita dikeluarkan, sejenis hormone dipanggil progestrone dirembeskan daripada sarung selaputnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal.
Jika tiada persenyawaan, hormon progestrone ini semakin berkurang dalam darah. Akhirnya lapisan endometrium akan runtuh, sebagai darah haid.

Sumber : FB Dr Zubaidi Ahmad

BAGAIMANA UNTUK MENENTUKAN WAKTU SUBUR.
================================================
1. SUHU BADAN
Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.








2. LENDIRAN FARAJ
Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi.






3. GUNA EVOLUTION TEST STRIP
Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain.

Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah
kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil "LH surge" dan mendahului ovulasi.

Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas "LH surge". Ujian Ovulasi LH direka khusus untuk mengesan "LH surge" anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda.

4. RASA SEKSI & SUKA MEMIKAT

Rasa seksi, suka memikat dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. 
Anda mungkin sedar perasaan berahi memuncak ketika ini. Anda mungkin perasan yang pada masa ini suami anda menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian terhadap anda. Ada bukti dari segi perubatan mengenai perkara ini, percayalah!
Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga memberikan tanda-tanda lain bahawa anda sedang subur. Fikirkan semula kitaran anda yang lalu dan anda mungkin ingat perkara-perkara berikut:
Kelihatan menawan, rasa menawan: anda mungkin rasa lebih menawan apabila semakin hampir dengan waktu ovulasi. Anda juga kelihatan lebih menawan pada pandangan orang lain. Tanpa sedar, anda mungkin memilih pakaian yang lebih menonjolkan daya tarikan anda.

Bau seorang wanita: anda berbau harum ketika ini. Bau badan anda lebih harum dan seksi bagi lelaki-lelaki di sekeliling anda ketika anda subur. Anda mungkin sangka orang lain tidak sedar bahawa anda sedang mengovulasi, tetapi bau semula jadi badan anda menceritakan semuanya. 

Ingin ikhtiar menimang cahaya mata, boleh baca detail KLIK DI SINI.... 

Jika anda mempunyai masalah haid tidak menentu, hormon, kesuburan dan lain-lain boleh baca mencuba supplement shaklee..... detail tentang Gla Complex


⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
'Call/SMS/WhatsApp: 012-653.9060 (Amylia)
PM FB https://www.facebook.com/pages/Double-Healthy-e-shoppe
   COD Area:SELURUH KAWASAN AMPANG, KUALA LUMPUR (KLCC, AMPANG PARK,SEKITAR BUKIT BINTANG) CHERAS, KELANA JAYA , & SUBANG

Wednesday 23 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Alhamdulillah....

Esok kita seluruh Malaysia umta islam meraikan HARI RAYA QURBAN @ ramai yang panggil HARI RAYA AIDILADHA....Kereta atas jalan pagi tadi pun nampak mcm berkurangan...dah ramai yang cuti rasanya..yang balik KG, selamat sampai kedestinasi...pandu dengan cermat ...ingat yang tersayang....wahhh!! dah gaya penaja iklan nasihat plk kihkihkihk...

Tahun ini, raya Aidiladha che amy kurang 1 adik beradik...kalau tak mesti ada 6 adik beradik berkumpul ramai2 umah mak...dgr 6 adik beradik cam sikitkan..tapi semua adik beradik dah kawin,so cmpur ngn ipar & anak buah2 total tambah tolak darab  bahagi semua ada 32org kesemuanya..wowo!kalau bercakp binggit telinga semua nk bercakap hahaha....opss lupa yang xde 1 adik beradik tu... kakak sulung che amy pergi menunaikan haji tahun ini....semoga dia & suami mendapat haji yang mabrur..amin...

panjang pula bebel, entry kali ni che amy nak cerita pasal HARI RAYA AIDILADHA...

menurut ms.wikipedia.org :-
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Ramai yang pikir :-
Raya Aidiladha = orang p mekah
Raya qurban = penyembelihan lembu....

Tapi apa yang menjadi sinonim...? kalau raya aidilfitri adalah kemenangan umat islam berpuasa... kalau aidiladha@ qurban?

Rasanya ramai yang tahu kisah Nabi Ibrahim a.s yang  ingin menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagai qurban...tak pe...che amy share lagi kisah penyembelihan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail as.

Menurut riwayat, Nabi Ibrahim AS pernah menyembelih korban sehingga 1,000 ekor bebiri, 300 ekor lembu, dan 100 ekor Unta. Walau bagaimanapun, baginya tidak cukup dalam mengorbanannya kepada Allah sehingga beliau bernazar "...seandainya aku mempunyai anak lelaki, pasti akan ku sembelih kerana Allah dan aku korbankan kepada-Nya."

Ucapannya itu dibuat ketika isterinya, sarah masih belum mengandung. Selepas Ibrahim menikahi Hajar dan dikurnia seorang anak iaitu Ismail, Ibrahim diseru Allah melalui mimpinya untuk memenuhi nazarnya itu. Beberapa malam beliau bermimpi yang sama dan akhirnya beliau yakin bahawa mimpi tersebut bukanlah mimpi daripada syaitan. Ketika itu, usia Ismail lebih kurang 7 tahun (ada yang berpendapat 13 tahun).

Setelah meminta Hajar mempersiapkan Ismail dengan pakaian dan berpenampilan terbaik, Ibrahim dan Ismail berangkat menuju ke suatu lembah kosong dengan membawa tali dan sebilah pisau.

Dalam perjalanannya menghampiri tempat korban, iblis memujuk dan menggoda Ibrahim untuk mengasihani anaknya lalu meninggalkan nazarnya itu. Tiga kali cubaan iblis tetapi tidak berjaya dilayan Ibrahim malah Ibrahim (sesetengah riwayat, Ismail) mengutip batu kertil di tanah dan melempar batu itu ke arah Iblis setiap kali godaan itu berlaku hingga buta mata kiri iblis itu. Maka, Iblis pun pergi dengan hampa. Di sini bermula sejarah melontar jamrah dalam ibadah haji.

Sampi di Mina, nabi Ibrahim berterus terang kepada anaknya nabi Ismail.

Surah As saffat ayat 102
Maksudnya :-
Maka ketika anaknya itu sampai bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar".


Apabila melihat sifat Nabi Ibrahim dengan kesungguhan azamnya dalam menjalankan perintah ALLAH s.w.t, Dan disitu la ALLAH s.w.t  Dengan kuasa Allah, Allah menggantikan Ismail dengan seekor haiwan gantian yang besar dan haiwan itulah yang sebenarnya menjadi Korban... maka kaitan raya quban = penyembelihan lembu melalui cerita NABI IBRAHIM a.s & ANAKNYA NABI ISMAIL a.s.

apa kaitan dengan raya Aidladha = p mekah?

Salah satu sumbangan terbesar Nabi Ibrahim dalam agama ialah pembinaan Kaabah. Walaupun terdapat sesetengah cerita yang menyatakan bahawa Nabi Adam a.s yang menjadi orang pertama membina Kaabah yang kemudiannya dimusnahkan oleh banjir pada zaman Nabi Nuh, Nabi Ibrahim kemudiannya bersama anaknya, Nabi Ismail, membina semula struktur tersebut di tempat asal runtuhan Kaabah itu. Dari situ, ritual haji dimulakan untuk umat manusia atas memperingati kisah nabi Ibrahim & anaknya atas pengorbanan mereka...

Kota mekkah di panggil Kota Ibraham sebab apa? kerana Nabi Ibrahim yang memulakan ibadah suci khusus di kota suci Makkah.

Jelas tak che amy explain...kalau tak jelas mohon maaf yerk....kalau ada sumber @ maklumat salah harap tegur ye...sama menimba ilmu...mana yang tahu dikongsi bersama..InsyaALLAH...

"SELAMAT HARI RAYA ADILADHA " daripada che amy sekeluarga untuk blogger yang sudi membaca blog che amy.....peace...



Sharing is caring.....








Monday 21 September 2015

21 Sebab KENAPA kita perlu SOLAT

Entry kali ini nak share ilmu yang che amy dapat ketika hadir seminar Solat & Selawat 13 sept 15 yang lepas.



21 sebab KENAPA kita perlu SOLAT ini di beri oleh Tuan Guru Dato' Haron din Al Hafiz, key point yang che amy nak share adalah perkara yang sangat PENTING yang diberikan oleh Tuan Guru Dato' Haron din Al Hafiz adalah dalam solat terdapat  2 perkara yang dititiberatkan iaitu :-
  • BACAAN AL-FATIHAH
  • BACAAN TAHYAT AWAL & AKHIR
***** 2 BACAAN INI SEKIRANYA SALAH IAITU TIDAK DIBACA DENGAN HUKUM YANG BETUL & BACAAN YANG PATUT DI BACA DENGAN BERBUNYI ( MAKSUDNYA SELALU WANITA BACAAN SOLAT PERLAHAN TETAPI ADA BACAAN YANG PERLU DI BACA SEDIKIT KUAT TETAPI HANYA DI DENGAR DIRI SENDIRI SAHAJA)JARANG DILAKUKAN OLEH WANITA SECARA AUTOMATIK SOLAT KITA SUKAR DI TERIMA OLEH ALLAH S.W.T.
ketika segmen USTAZ DON, ustaz DON ada memberitahu Tuan Guru Dato' Haron din Al Hafiz memberitahu kepadanya  "Wanita mudah ke NERAKA hanya 1 sebab bacaan AL-fatihahnya." SubhanaALLAH...

21 sebab kenapa perlu SOLAT ADALAH :-
&Menghidupkan Syiah Allah S.W.T.
&Mengingati Allah S.W.T akan ketenangan & kedamaian.
&Perisai orang-orang mukmin.
&Mendekatkan dengan Pencipta
&Nilai & harga sesorang Islam
&Menyucikan diri Roh & jiwa
&Menjanjikan AL-FALAH (hidayah kepada kehidupan dunia)
&Sebagai peluang berbicara dengan Allah S.W.T
&Dapat memberikan 'SALAM" kepada Rasul2 kekasih Allah S.W.T
&Merupakan IKRAR kepada Allah untuk menjadi hamba Allah sepanjang hayat.
&Menyatukan Ummah
&Janji yang dimenteraikan Oleh Allah S.W.T
&Neraca umat Islam ( sebagai penimbang amalan di akhhirat)
&HABUAN DARIPADA BACAAN AL-FATIHAH dalam solat.
&Semua Mahluk di muka bumi bersolat (tidak terkecuali, hanya cara yang berbeza)
&Dipersolakan di akhirat
&Malaikat sujud kepada Allah S.W.T inikan kita hanya sebagai hamba.
&Orang yang cerdik akalnya.
&Solat malam mengangkat darjatnya.
&Tunjang Agama
&Allah CINTA,SAYANG kepada mereka yang solat.

Nampak tak dalam banyak2 21 sebab kenapa che amy hanya ada 1 bold je kat atas tu...ha kenapa??
kerana ALLAH AKAN MEMBERI SEPARUH DARI BACAAN-NYA KEPADA HAMBA YANG MEMBACA ALFATIHAH SEBANYAK 2x GANDA!!!!!   SubhanaALLAH!!! Betapa sayangnya ALLAH kepada kita... HEBATKAN HABUAN YANG DI TERIMA....

Ini sahaja yang dapat che amy share..harap sharing ini memberi manfaat kat semua....InsyaAllah...che amy pun masih dalam pembelajaran solat yang betul sebab kepala ni asyik terbayang2 je kata2 Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani ALLAH berfirman " KE NERAKA LA KAMU WAHAI ORANG2 YG SOLAT" (maaf tak ingat ayat ni dr ayat surah mana, che amy lupa, ustaz ada sebut) dgr je kata2 ustaz tu terbeliak mata che amy dgr, orang yang solat pun boleh masuk ke neraka...MasyaALLAH...

Next time che amy share dari Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani ( dari ustaz ni tak banyak che amy nak share sbb dah tghari masa tu,so kepala dah ting tong skit hahaha)



Sharing is caring.....

Kuih Cara Manis

Entry ni sepatutnya sabtu lepas nak post tapi tak kesampaian pulak..hehe..tak pe, kali ni che amy nak share resepi Kuih Cara Manis...kalau acuan ni buat cara berlauk pun boleh...laagi sedap....nyum3...nanti che amy buat kuih cara berlauk,che amy share ok...

jom layan resepi kuih cara manis..

Resepi
=====
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat (che amy guna santan kotak 200ml + air agak2 utk cukupkan 2 cawan)
1 1/4 cawan air daun pandan (blend & tapis air pandan tu)
2 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau (optional la kalau nak nampak hijau pekat skit,che amy boh skit je)
Gula pasir (tuk inti) 

Cara:
Satukan semua bahan kecuali gula, kemudian blender dan tapis. Tuang adunan dlm bekas lain...che amy tak transfer bekas lain pun...penat membasuh je, so pas blender trus pkai belnder tu haha.., senang nk tuang dlm acuan nanti. Sapu minyak pada acuan (che amy guna daun pandan utk sapu minyak pd acuan, guna berus yang bersih pun boleh...). Guna api sederhana. Kemudian tuang adunan dlm acuan. Bubuh 1/4 sudu kecil gula pasir pd setiap kuih. Tutup acuan dgn tudung periuk. Biar seketika. Kemudian cungkil sikit kuih dgn sudu, kalau permukaan bawah tu dah bertukar warna coklat dan bahagian atas pon dah masak, bolehlah angkat. Siap, selamat mencuba.

*sukatan gula pasir boleh dikurang tambah ikut selera masing2

kuih yang simple & mudah...

Step 1 : tuang, tunggu 2 min boh gula..

step 2 : tutup dengan penutup periuk tunggu 3-4 min.

step 3 : angkat & hidang.



siap!!! mudah, senang, simple & paling penting lemak2 gituuuu....



Sharing is caring.....










Friday 18 September 2015

10 Penawar Semulajadi

Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan & dijadikan penawar jika kita mempunyai masalah dengan kesihatan badan antaranya, jom baca....

Ulser Mulut
*************
Daun ketumbar yang direbus dalam air dipercayai boleh menjadikan penawar mudah untu ulser.Tunggu air rebusan itu sejuk sedikit kemudian gunakan untuk berkumur sekurang-kurangya 3-4x sehari.

Sakit Kepala
*************
Buah epal yang dicincang halus dicampurkan dengan garam dipercayai mampu melegakan sakit kepala.makan pada setiap pagi semasa perut kosong & amalkan selama seminggu untuk melihatkan kesannya.





Anemia
********
Campuran dadih & serbuk kunyit dikatakan mampu mengubati semua jenis anemia.Makan secawan dadih biasa dengan satu sudu teh sebuk kunyit ketika perut kosong pada waktu pagi & petang.

Diabetis
*********
Amalkan meminum setengah gelas jus peria setiap pagi ketika perut kosong untuk menurunkan gula dalam darah. Kandungan Charantin dalam peria dipercayai boleh mengurangkan tahap glukosa dalam darah.






Sakit Tekak
************
Penggunaan daun selasih dikatakan mampu menjadi ubat semulajadi bagi merawat sakit tekak kerana mempunyai antiseptik & bertindak sebagai penghalang. Letakkan 3 - 4  helai daun selasih kedalam air mendidih & renehkan sehingga air daun keluar. Minum & berkumur apabila air dalam keadaan suam.

Rawat Selulit
*************
Petua merawat selulit yang degil adalah dengan mengunakan serbuk kopi dengan sedikit madu & air. Sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat selulit,biarkan kering seketika. Kaedah ini juga dipercayai boleh menanggalkan sel kulit mati.



Parut Hitam
************
Cara untuk memudarkan parut hitam pada badan adalah dengan menggunakan ubi kentang. Hiris nipis kentang & letakkan pada parut. Lakukan brulang kali sehingga kesan parut hilang.

Lebatkan bulu mata & kening
**************************
Jika mahukan bulu mata & kening yang lebat,boleh gunakan pokok lidah buaya.Lendir pokok disapukan pada bulu mata & kening. Lakukan secara berulang kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Rambut bercabang
*****************
Ambil daun bunga raya yang bersih ramas sehingga keluar lendirnya & campurkan dengan sebiji telur ayam kampungn serta sesudu madu lebah. gaulkan rata sekata & sapukan pada rambut.perap dengan tuala selama 10minit & keringkan rambut. Jika diamalkan sebanyak 2x seminggu, rambut boleh menjadi sihat.

Jus Bakar lemak
***************
Bagi yang ingin membuang lemak dalam badan secara semulajadi,amalkan meminum jus ini setiap pagi,kisar sebiji epal,setengah biji timun & setangkai saderi.minuman ini huga dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala.









Sumber : Berita Harian 22 Ogos 2015






Sharing is caring.....

Nutriferon

Seperti yang dijanjikan..entry kali ni nak share pasal Nutriferon...sebelum nak cerita lebih detail lagi pasal nutriferon ni..che amy nak bagitahu yang NUTRIFERON ADALAH SUPPLEMENT YANG TELAH DI PATERNKAN OLEH SHAKLEE bermakna pihak lain tidak boleh "copy" nutriferon ini..kalau tidak menjawab la dengan pihak shaklee... korang pernah ke jumpa nutriferon ni mana2 farmasi? kalau vitamin C memang la ada bersepah orang clon kan vitamin C shaklee kan...tp tak pe, kalau pengguna tegar dah kenal sangat vitamin C shaklee yang asli @ tidak kan....hehhe
Nampak Tak ada tanda ®..itu la dah dipaternkan...

APA ITU NUTRIFERON?
====================
@NutriFeron® merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif,yang telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
@Menggalakkan penghasilan Interferon secara SEMULAJADI dalam badan bagi meningkatkan sistem imun. Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

KENAPA PERLU NUTRIFERON?
==========================
Untuk kegunaan harian,NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu :-

AMengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
AMenggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb. Secara bayangan ye boleh che amy cakap INTERFERON ini umpama   "ASKAR2"  dalam badan kita..kita ambil interferon untuk badan kita bermakna kita tambah "askar" dalam badan untuk hapuskan virus yang ada...kebanyakkan "askar" dalam badan kita banyak dah mati akibat toksin2 dalam badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN NUTRIFERON?
=====================================
  • Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
  • Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
  • Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
  • Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
  • Individu yang diet mereka tidak optimum
  • Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
  • kecil bukan sebarang kecil




  • Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif
DISINI che amy nak bagitahu 7 sebab Kenapa korang perlu pilih Nutriferon Shaklee?

FMMeningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

FMDihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

FMPenyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

FMCampuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.

FMdisokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.


FMFormula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.


FMDibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.

Nak cuba?Nak order? boleh je.....


⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
'Call/SMS/WhatsApp: 012-653.9060(Amylia)
PM FB https://www.facebook.com/pages/Double-Healthy-e-shoppe
   COD Area:SELURUH KAWASAN AMPANG, KUALA LUMPUR (KLCC, AMPANG PARK,SEKITAR BUKIT BINTANG) CHERAS, KELANA JAYA , & SUBANG

Segmen : Bloglist Oktober 2015 by Nysa

Photobucket

Kali ke 2 che amy join segmen...disebabkan hari jumaat yang mulia ni kan...jom join...!!
mudah je cara dia...follow je  yang bawah ni k :-

syaratnya sangatlah mudah 
first , just follow blog Nysa pemilikcintahati.blogspot.my
*nanti nysa follow balik . and yang dah follow , thankyou so much !*
then jangan lupa untuk tinggalkan link blog korang dekat bahagian comment bawah ni okay
takpayah buat entry just tinggalkan link ja :)
*but if nak buat entry pun boleh*

Thursday 17 September 2015

Selsema bersama Nutriferon!

Entry ni citer Isnin lepas...

Isnin hari tu che amy kena selsema,ohhh tidak!!! balik kerja petang tak pkai mask, smpai rumah, mata dah berair..petang waktu tu memang jerebu sesangat!... mau tak, esoknya selasa 15/9/15 kerajaan isytiharkan semua sekolah kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Seremban & Melaka tutup..tahap jerebu IPU tidak sihat....ermmm...

 Sebelum2 hari tu, ni memang protect pkai mask, cuma hari isnin lupa nk pakai...tak sampai beberapa jam, hinggap la virus selsema...start malam dah tido bersama2 selsema..sangat la tidak selesa ok...che amy jenis kalau selsema bersin sekali ngn badan-badan ikut sekali gerak, sampai kalau bersin kaki-kaki tangan-tangan angkat adoiii..letih rasa...paling TAK SUKA kalau bersin effect sekali kat mata, badan pun naik dedau2 orang kata cam nk demam....
che amy bersin tak de la smpai tisu bayak gitu yer..hihi
Akibat malam tu memang rasa tak larat, so tak de la telan apa....memang  tengahmalam asik terbangun je sbb hingus menganggu style tido ku hahaha....Esok pagi lepas breakfast, terus che amy telan NUTRIFERON 1packet (che amy tak pernah cerita  lagi product shaklee yang ni...BEST PRODUCT for me & Family), sejam lebih gitu, hidung dah rasa ade ruang sikit untuk bernafas but still selsema lagi...sampai ke petang selsema jadi pekat sangat2...uikkkk....tp yang best bersin yang tahap kuat tu dah tak de heheeh suka3...

nampak kecil tapi penangan ye...fuh!!!!
Balik rumah, sebelum tido kasi telan VITAMIN C SHAKLEE 2biji...tara.....!!!malam ku tido dengan lena & best sekali esok bangun mimpi ngeri ku bersama selsema & hingus hilang!!!! yeahhh!!!
Suka sangat time cuti badan kembali sihat....tak payah sibuk2 nk p klnik kan....che amy risau je tentera2 kecik kat rumah berjangkit terutama amni..so far alhamdulillah tengok tak de tanda2 nak kena virus selsema....hehehe

NUTRIFERON ini juga punca Amni tak jadi nak tunda rawatan kimo dia ketika dahulu...masa kimo yang ke3, amni demam suhu badan 37.6C..kalau ikut bacaan demam baru nak jadi la...Doctor habaq kalau esok pagi demam dia meningkat, amni kena postpone kimo...ayooo!!! che amy kalau boleh memang tak mau postpone, sebab 1- dah admit malas nk admit banyak kali, & ke 2, akan lambat la rawatan kimo abis sebab nak kena tunggu appoitment appointment yang bukan masa terdekat....

Maka malam tu juga che amy bagi amni telan 1 packet nutriferon ini, maklumla masa tu amni mudah kena jangkitan, sebab imum badan lemah, so harapan che amy bagi nutriferon kat dia supaya askar2 baik yang ada lagi (kebanyakkan dah mati sebab kena boom ngn ubat kimo,ubat kimo dia tak kenal yang mana baik @ jahat semua dia matikan hehehe) dalam badan dia "bangun" menentang musuh2 virus demam tu hukhukhuk...
kita hanya berusaha Allah yang menentukan...esok pagi doctor check...wink...wink....suhu badan amni normal, doctor habaq, petang amni boleh buat kimo seperti biasa...Alhamdulillah..syukur...
ni la bacaan suhu badan amni ketika rawatan kimo dulu,..

Alhamdulillah, anak2 che amy jarang telan dah ubat selsema...ubat selsema & batuk tak baik untuk kanak2 kan...InsyaAllah nanti che amy share pasal nutriferon ini ok..

saja snap muka yang jarang dapat pakai mask hehehe



Sharing is caring

Tuesday 15 September 2015

Seminar Solat & Selawat 2015

Entry kali ni layan je Gambaq..cerita kemudian...huhu sebab jerebu kan..che amy tak pasal2 kena selsema gara2 semalam balik kerja tak pakai mask...tu la tak ingat la tu pepatah pernah berkata "prevention is better than cure" haha kemain pepatah english...mencegah lebih baik dari mengubati kan......

Ok2...last week alhamdulillah che amy dapat attend collect ilmu "seminar solat & selawat" oleh 
👍 Tuan Guru Dato' Haron din Al Hafiz
👍 Ustaz Ahmad Dusuki And Rani
👍 Ustaz Don Daniyal Don Bijayid.

Nama2 besar & tokoh dalam ilmu agama....banyak ilmu yg dapat "curi" dalam seminar ini, terutama bab solat...ALLAHUAKBAR! serius..memang terasa "penampar" oleh ustaz2 tersebut...seminar tu berlangsung Jam 900Pagi Hingga 1000Malam hari ahad lepas 13 Sept 15...

InsyaAllah nanti che amy share ilmu2 yang ada dalam kepala otak ni yerk...kali ini layan gambaq je dulu...

Tuan guru, x sihat haritu pun ceremah dia tetap terkesan dalam hati....

Terkesima bila Ustaz Dasuki cakap Allah berkata "Ke neraka la kamu wahai orang yang solat"

Ustaz paling best & Ustaz yang selalu che amy follow winkk

p ngn en somi baru semangat nak tuntut ilmu hehe..


Sharing is caring


Friday 11 September 2015

Jerebu Oh Jerebu!

Dah tengahari gamak ye...Selamat tengahari..lunch time yerk...yang Hero,Jejaka, abg sado, apa lg p siap2kan diri yerk..jangan buat2 lupa hari jumaat ni yerk...peace..

Entry kali ni, che amy nak share pasal jerebu...!! pagi tadi naik motor, boleh mata rasa pedih2 je...sekali tengok.."eh? mana KLCC, xnampak pun"...pandang depan je...uikkk...serius "kabus dalam keperitan" patut la mata rasa pedih2 je..tp belum tahap kritikal la pedihnya...

Jerebu ini boleh membawa kesihatan yang tidak sihat gak, jom kita lihat APA ITU JEREBU?

"Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Ini berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan secara meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada sesuatu kawasan dan menyelimutkannya dan ini secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya kesihatan sistem pernafasan."
Gambar sumber Google

Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada saiz zarah, jerebu tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar.

Apa yang menyebabkan Jerebu?
Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. Contoh tindakan-tindakan ini ialah:

Jerebu Buatan manusia 
- Pembakaran terbuka
- Pencemaran Kenderaan
- Pencemaran Perindustrian
- Pertanian (cth. pembersihan tanah) 

Jerebu punca Asli
- Kebakaran Hutan
- Habuk yang dibawa angin

Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, -zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini menyebabkan jerebu. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu.


Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

TKesukaran untuk bernafas
TSerangan jantung
TGatal–gatal pada tekak,mata, & kulit
TJangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan


Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;

LKanak–kanak
LWarga emas
LPesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
LPesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
LPerokok

Bagaimanakah dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
CKurangkan aktiviti luar.
CJangan merokok.
CBanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
CSelalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
CDapatkan nasihat perubatan.
CGunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
CPastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
CJika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
CBerjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.



Gambar kat bawah ni, bacaan IPU Hari ini 11 SEPTEMBER 2015 dari pukul 12AM-5AM patut la pagi td mata ala2 pedih sikit...kalau ikutkan bacaan tu..dah warna hijau bermakna sederhana, Kuning Tidak sihat...masa che amy tengok bacaan tu kawasan yang dikategori kuning tak silap Johor & N9....so orang johorian & N9 banyak2 berjaga2 yerk...



Che amy tengok kawasan area che amy je,kalau korang nak tengok boleh klik kat sini yerk Bacaan IPU...




Sharing is caring


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews