Monday 26 October 2015

Kuih cara berlauk

Ahad lepas, Che Amy buat kuih...eh! ahad lepas semalam la kan hehehe...

Kuih Cara berlauk....nyum3...

Isi tak kedekut ye boh...

Gigit sekali, terasa celah gigi je...
Gigit 2x , terasa kat lidah je...
Gigit 3x, terasa kat tekak je...
Gigit Berpuluh2 kali...ha! amik ko kenyang perut..!

Ni resepi...semudah ABC ....

Bahan tepung :

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan air (ni Che Amy gantikan dengan santan, bru terasa lelemak ye hahaha)
secubit garam
sedikit pewarna kuning.
sedikit esen vanilla ( ikut resepi xde boh tp Che amy suka bau ye..so optional ok)

cara :

boh semua dalam blender, then blend smpai sebati la...siap!

daging:

daging hancur @ daging kisar
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
senggengam udang kering
setengah paket serbuk kari ayam/daging ( klo beli paket besar, jangan boh setengah plk tau..suku sudah la)

cara :

-bawang merah + bawang putih + udang kering di tumbuk, Che Amy malas, so blend je...
- kemudian tumis bahan blend tadi, sampai naik bau,
-masukkan daging hancur @ daging kisar,gaul2 agak kering skit, bancuh serbuk kari dengan sedikit air, then masukkan kedalam daging tadi...gaul..
- boh garam skit, perasa.
-gaul sampai sebati & kering...
-Siap!

bahan hiasan :
cili hidup potong nipis2..
daun bawang potong je...jangan besar..sederhana kasar je potong...

Cara masak :-

-panaskan acuan kuih cara...
-sapukan minyak setiap bahagian acuan...
-tuangkan adunan tepung...
- tunggu 1min, baru boh danging, cili hidup & daun bawang...
-Tutup seketika dalm 2-3 min.
- buka penutup, & angkat kuih...siap!

Senang kan Semudah ABC gitu hahaha...

Jom cuba...

*adunan ni boleh dapat 50 + biji kuih cara berlauk...bergantung kepada acuan...de acuan yang saiz besar..

Jangan terliur tau...hehehe



Sharing is caring.....




Tuesday 20 October 2015

cerita dikongsi bersama: Jerebu Oh Jerebu!

cerita dikongsi bersama: Jerebu Oh Jerebu!

Aquaria KLCC

Assalamualaikum....

opss..lama dah tak meng"post" kt blog, Che Amy busy skit, tu yang bersarang skit blog...Enty ni just nk share kt uolss jenis2 ikan kt aquaria klcc tu hahaha....

Banyak sungguh jenis2 ikan, paling teruja,Che Amy de tengok Ikan pari warna sangat hitam tetapi ekor die kontot ok...!!sangat kontot pastu bulat je hujung ye..bentuk bada sama spesis ikan pari...tapi sayang Che Amy tak sempat nak snap...lain dari yang lain la kan..selalu ikan pari ni ekor die boleh libat mangsa kan....subhanaAllah...

Che Amy p aquaria minggu lepas, bawa2 tentera p jejalan celebrate birthday anak sulung Che Amy...alhamdulillah dah 7thn (16.10.2015) yang sulung...hat sulung ni kalau bertanya kena pastikan jawapan di beri mesti rasional yang boleh diterima kalau tak,sure korang akan dapat soalan lagi hahaha....

Ok, kita layan je la gambar2 yang tak seberapa ni....nak celoteh tak tau dah...hehehe...pic ambil banyak tp hat ni jela yerk...


tak tau nama ikan ni...bukan cacing tau...die akan naik dr atas pasir tu sampi tinggi
pastu tenggelam balik

ikan electrik, tapi korang panggil ikan apa Che Amy tak tau la...

tengok gigi pun menakutkan....

Kuda..kuda ku lari gagah berani...ayuh lari hahaha


Che Amy ingat diorg bagi makan rupanya tengah cuci najis ikan...
lawak gak rasanya...hehehe
Ini la Birthday boy!!! Asy-Syakirin....
Tengok pic nampak kecil, tapi...tu diaaa panjang ok saiz jerung ni...

Birthday boy memang bab ambik gambar susah sgt nk pandang depan....
like mother gak la hahahaha






p/s : Promo diskaun 5% setiap pembelian apa sahaja barang shaklee dengan Che Amy  sah sehingga 31 Oct 2015 yer..jom grab sementara promosi berlangsung...



Sharing is caring.....

Tuesday 13 October 2015

Salam Ma'al Hijrah

Tahun 2015 tema MA'AL HIJRAH seperti tahun lepas “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.

Bulan Muharam merupakan tahun baharu dalam kalender Islam. Ia juga merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Daripada Al-Hassan Al-Basri Rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


--Salam Maal Hijrah 1437H untuk blogger semua.


Berhijrah ke satu arah yang lebih baik. InsyaAllah.


Sharing is caring.....





Bagaimana kanser terjadi?



Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Jom kita lihat video ini untuk lebih memahami bagaimana sel-sel kanser terjadi.

sumber : youtube

Bagaimana Kanser Bermula

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.

"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.


Bagaimana Sel Kanser Merebak

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.


Disini dapat di simpulkan :-
  • sistem imun dalam badan adalah penting sebagai askar @ banteng PERTAMA & TERAKHIR untuk menghapuskan kanser terus merebak.
Pastikan korang semua mempunyai sistem imun yang sangat baik sebagai askar dalam badan korang. Amni Syakira anak che amy pesakit kanser, telah pun Che Amy "kejutkan" & masukkan seberapa banyak "askar" dalam badan dia untuk meningkatkan sistem imun dalam badan dia..Alhamdulillah, since kimo May 2014 last year sampai sekarang 2015, amni belum demam & jarang selsema...TERINGAT Dr TEH HKL
" mak amni jangan rindu saya, lepas ni amni akan jumpa saya walaupun dia dah abis kimo, sebab imun bdan tak kuat, boleh kerap demam & tidak sihat, kalau dia demam, mak kena segera datang sini ok.."  
 Askar apa yang Che Amy masukkan,boleh klik kat sini askar-askar Amni Syakira.



Sharing is caring.....




6 jenis MAKANAN membantu penyakit KANSER

Salah satu faktor yang memainkan peranan dalam mengelakkan risiko penyakit kanser adalah pemakanan. Cara pemakanan haruslah dititik beratkan agar diri sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk menjamin kesihatan yang baik berpanjangan.

Ketahui 6 jenis makanan yang membantu dalam mengelak sel-sel kanser terus membiak.


1. Sayur-sayuran berjenis cruciferous
Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.



2. Limau gedang

Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang perkaya dengan bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan. Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, kelenjar, payudara dan servik.


3. Kacang tanah dan jem mentega kacang

Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.


4. Beri Hitam

Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak kanser.



5. Salmon

Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser. Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D.

Lima sumber makanan yang di ambil dr google, yang ke 6 adalah Makanan Tambahan dari Shaklee


6. VIVIX Shaklee.

Vivix mempunyai 10x ganda Resveratrol. 
-Resveratrol adalah ahli kumpulan sebatian tumbuhan yang dikenali sebagai polifenol. Sebatian-sebatian ini dianggap mempunyai ciri-ciri antioksidan, melindungi tubuh daripada jenis kerosakan dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk keadaan seperti kanser dan penyakit jantung. Resveratrol yang terdapat dalam kulit anggur merah,  Makanan tambahan resveratrol lain diperbuat daripada wain merah atau ekstrak anggur merah..



⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
'Call/SMS/WhatsApp: 012-653.9060 
PM FB https://www.facebook.com/pages/Double-Healthy-e-shoppe
   COD Area:SELURUH KAWASAN AMPANG, KUALA LUMPUR (KLCC, AMPANG PARK,SEKITAR BUKIT BINTANG) CHERAS, KELANA JAYA , & SUBANG







Monday 12 October 2015

12 makanan yang dilarang untuk pesakit kanser.

Kanser merupakan satu daripada lima punca kematian utama di Malaysia dan sebanyak 12 peratus kematian dilaporkan di hospital kerajaan setiap tahun akibat kanser Di Malaysia, kanser panga­kal rahim adalah barah ketiga yang biasa berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kolorektal. Kanser berkenaan boleh menyerang mana-mana wanita, tanpa mengira usia dan latar belakang keturunan.

Selain itu kanser paru-paru,hidung, limfoma, serviks dan prostat terus menjadi kebimbangan utama di kalangan rakyat negara kita. 

Pemakanan yang baik amat penting bagi mereka yang menghidapi kanser. Kami ingin kongsikan dengan anda beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh penghidap kanser.

1. Taugeh
Mengandungi zat yang mendorong pertumbuhan kanser.

2. Laici, Nenas, Buah Dalam Tin
Meransang pertumbuhan kanser kerana adanya bahan pengawet.

sumber google
3. Nangka
Adanya gas dan mengurangkan fungsi ubat.

4. Alkohol
Merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.

5. Tapai dan minuman ringan
Mengandungi alkohol ( tapai ) dan zat lain yang merangsang pertumbuhan kanser.

6. Perasa makanan ( MSG ) Dan Gula
Karsinogen. Gula merupakan makanan bagi sel kanser dan akan mempercepatkan pembiakan sel kanser. Elakkan pemanis tiruan sebaliknya gunakan pemanis asli seperti pemanis stevia atau madu asli.

7. Ikan yang diawet, belacan, ayam broiller, makanan berlemak dan berminyak
Karsinogen dan mengurangkan kelancaran peredaran darah. Mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

8. Kangkung dan sawi putih
Mengurangkan kesan ubat.

sumber google
9. Ais
Mengurangkan kelancaran peredaran darah dan mengurangkan kesan ubat.

10. Cili
Merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.

sumber google
11. Daging Merah
Menyediakan pertumbuhan tidak normal. Orang yang makan banyak daging merah ( daging lembu dan daging kambing), dan dagin yang dibakar dan daging diproses seperti sosej, daging dan burger adalah berisiko menghidap kanser usus, menurut laporan dalam Jurnal Perubatan British.

Penyebabnya adalah amina heterocyclic yang terbentuk di permukaan daging apabila ia panggang, goreng atau dibakar. Walaupun kajian haiwan menunjukkan bahawa pengambilan tinggi amina heterocyclic boleh menggalakkan kanser, namun ia tidak ada bukti langsung pada manusia.

Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid seterusnya memberikan ruang untuk sel kanser subur.

12. Soya
Elak makanan berasaskan soya; kerana ianya mengandungi Estroge yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan makana makanan berasaskan soya hanya untuk pesakit kanser rahim,ovari dan prostat.




Sharing is caring.....


Erma Fatima belanja RM6,000 bersihkan USUS.

"PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima berbelanja RM6,000 semata-mata untuk membersihkan usus perut (kolon) sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang penyakit.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 45, berkata, dia telah menjalani rawatan tersebut pada awal tahun ini dan menyarankan kepada orang ramai untuk turut berbuat demikian."
info lanjut baca di sini

Bagus kak Erma fatima ni, dah tahu merokok membuatkan toksin dalam badan banyak, membuatkan dia lebih menjaga kesihatan dengan membersihkan usus,tetapi kalau berhenti merokok lagi baguskan..InsyaAllah.

bersihkan usus ni maksud yang sama dengan meng"DETOX"kan badan. Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar/peluh. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien daripada pemakanan pada tahap optimum.

Antara penyakit akibat daripada usus yang penuh toksin adalah :-
  • Darah tinggi 
  • Jantung
  • Hati 
  • Buah Pingang
  • Kencing Manis
Dan antara tanda bahawa anda perlukan detox adalah seperti berikut :
-Sakit Kepala yang kerap
-Sentiasa keletihan
-Kulit Kusam
-Sering sakit yang ringan seperti demam,batuk selsema
-Sembelit

Cer lihat gambar bawah tu...usus kita, korang pilih yang mana?? korang leh baca lagi secara detail pasal detox ni kat sini



RM6,000.00 hanya membersihkan usus? fuhhhh...mahal juga kan nk detoxkan usus sahaja, tak mampu rasanya Che Amy nak buat rawatan detox macam Erma Fatima ni.

Che Amy pun detoxkan juga badan ini, sediri paham2 je la cara pemakanan jangan cakap la, fast food tu tip top makan, sekarang kurang skit makan ye hehe & teramat paham sentiasa hirup asap kenderaan yang sangat la banyak kt KL ni.

Cara Che Amy detoxkan badan dengan makan "JULAB" yang diiktiraf secara SEMULAJADI & SELAMAT serta mempunyai kelulusan KKM..yang paling best sangat Murah harga serendah RM52.50 tahan lebih kurang 4 bulan juga, bukan hari2 makan tau..confirm tak de la sampai p jumpa Mr Tan setiap saat....paling best bila makan "julab " ni, perut rasa kempis je...masa tu memang rasa slim perutku hahaha..

camne rupa "julab " Che amy? ni kat bawah ini pic sumber google je, nak tengok secara detail julab che amy klik sini Pic ubat Julab Che Amy untuk lebih jelas... 

sumber google
.
.
.
.
.



nota kaki : kalau korang beli "julab" macam Che Amy, dekat Che Amy, boleh dapat 5% diskaun hanya di bulan october 2015 sahaja...!nak cuba jangan teragak2 nak contact Che Amy yerk,



Sharing is caring.....









Sunday 11 October 2015

Contest : "SAYA NAK HADIAH"


Salam hujung Minggu.....

Photobucket

Contest kali ini Che Amy join...mudah je follow arahan..Done settle..so korang jom join contest ni ok....

 "Adakah belog Ombak Bergigi akan mecapai target 300 follower pada hujung bulan oktober?" Ya atau Tidak.
Jika Ya, sertakan anggaran follower.
Jika Tidak, sertakan juga anggaran follower.
JAWAPAN : YA... InsyaAllah 301 follower hehehe,,


ok! korang harus join ok....




Sharing is caring




Friday 9 October 2015

Apabila Product berbicara.



Cerita yang beberapa hari lepas,




Nak bagitahu, tu diaaa....sedara rekemen kan VIVIX shaklee kat mak diorang...

ni la rupa VIvix tu....cer lihat manfaatnya.



Sedara dia dah cuba VIVIX Shaklee untuk diabetes dia, Harus la rekemen kat orang kan, kalau Product baik, harus di kongsi bersama, Che Amy tak pernah bercerita pun kat kawan ni pasal Kehebatan VIVIX shaklee kat dia...




Itula, product baik, hanya product sahaja berbicara kebaikannya....

opss!!!! kakak Amni pun dok telan VIVIX ni ok! setakat ni alhamdulillah nampak positif tentang cancer dia...harap2 baik hendaknya..Usaha yang Penting, Yang lain takwakal,semua urusanNYA.


Che Amy belum kesempatan nak share tentang kebaikkan VIVIX Shaklee ni..InsyaAllah, nati Che amy share ye, tp pada korang yang nk tahu buat masa skrang pasal VIVIX, boleh hubungi en google dulu k, dah hubungi en google, then nk order boleh hubungi Che Amy, nak tnya pasal VIVIX dengan Che Amy pun boleh... contact je 


⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
'Call/SMS/WhatsApp: 012-653.9060 (Amylia)
PM FB https://www.facebook.com/pages/Double-Healthy-e-shoppe
   COD Area:SELURUH KAWASAN AMPANG, KUALA LUMPUR (KLCC, AMPANG PARK,SEKITAR BUKIT BINTANG) CHERAS, KELANA JAYA , & SUBANG

Thursday 8 October 2015

Lawak Petang Laki Bini

Petang2 ni tetiba rasa mood nak blogwalking muncul..tapi sebelum nak start activiti tu, Che Amy nak share kt korang lawak laki bini....adoiii...dapat dari group WhatsApp...

Layan je k.. hahaha...tolong la yerk kalau si isteri nak solit2 badan, sila bagi support kat isteri anda..solit tuk anda jugak kan....hehehe...





Sharing is caring




Makanan Tambahan untuk Kanak-kanak? Perlu ker?

Malnutrisi masih wujud pada zaman moden walaupun kita hidup di era banyak ekonomi. Di kebanyakan negara, kita jarang menghadapi masalah kekurangan makanan. Walau bagaimanapun, unsur-unsur penting untuk melengkapkan keperluan pemakanan sihat mungkin masih masih kurang pada gaya hidup pemakanan moden kita.

Ini termasuk pemakanan untuk kanak-kanak juga. Unsur-unsur ini adalah vitamin dan mineral yang penting dan mereka hanya boleh diperoleh daripada diet. Walau bagaimanapun, vitamin dan mineral yang mencukupi dalam jumlah kecil sahaja dan biasanya perlu mudah dipenuhi oleh diet yang seimbang dan sihat.

Entry kali ni nak share ADAKAH KANAK-KANAK PERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN? Sumber entry ini diambil dari Doktor Budak

Kanak-kanak yang cerewet makan akan cenderung untuk kalah pada elemen-elemen penting ini kerana pengambilan makanan yang tidak mencukupi. Bagi golongan ini kanak-kanak terutamanya, ia adalah disyorkan untuk mengambil makanan tambahan setiap hari. Secara ringkas, kanak-kanak yang kurang selera makan, dengan tabiat makan yang tidak teratur atau sebahagian daripada gaya hidup makan yang pelik (vegan / vegetarian) perlu suplemen vitamin. Vitamin A dan pengambilan C biasanya tidak mencukupi untuk kanak-kanak ini. Vitamin D, biasanya diperoleh daripada cahaya matahari (yang ramai daripada kita cenderung untuk menjauhkan diri dari), juga sukar untuk mendapatkan daripada makanan semata-mata.

Mari kita pergi melalui elemen-elemen penting yang boleh dengan mudah terlepas dari diet yang tidak lengkap :-
  • vitamin A
Vitamin A adalah penting bagi pertumbuhan normal dan kulit yang sihat. Ia juga membantu dalam kedua-dua malam (cahaya samar-samar) dan penglihatan warna.
Sumber: produk tenusu, sayur-sayuran kuning - lobak merah, jagung, labu, sayur-sayuran hijau - bayam, brokoli, kubis
  • Vitamin B
Vitamin dalam kumpulan ini seperti Thiamine (B1), riboflavin (B2) dan Pyridoxine (B6) memainkan peranan yang penting dalam metabolisme sel yang penting dalam pengeluaran tenaga dan kesihatan secara keseluruhan. Vitamin B juga penting dalam pengeluaran sel merah.
Sumber: Daging (termasuk ikan dan ayam), hati, susu, bijirin, roti, bijirin, telur
  • Vitamin C
Vitamin C meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan, meningkatkan penyembuhan dan menguatkan tisu dalam badan kita seperti kulit dan otot dan tisu perantaraan yang lain. Penyerapan zat besi juga dibantu dengan vitamin ini.
Sumber: Oren dan buah-buahan sitrus yang lain, buah kiwi, tomato, strawberi, brokoli, bayam
  • Vitamin D
Vitamin D adalah penting sebagai pembina tulang. Ia adalah pengawal selia penyerapan kalsium dan fosforus dan metabolisme keseluruhan dalam badan. Oleh itu, kanak-kanak dengan tulang dan gigi yang sihat tidak boleh dilucutkan vitamin D.
Sumber: Cahaya matahari, minyak ikan, kuning telur, produk tenusu yang diperkaya khas.

Siapa yang berisiko untuk kekurangan Vitamin D? 

-Bayi dan kanak-kanak dari 6 bulan hingga 5 tahun, orang yang lebih tua yang berumur 65 ke atas, mengandung dan menyusukan anak wanita, orang-orang yang tidak terdedah kepada cahaya matahari langsung - mereka yang meliputi kulit mereka atau terhad kepada dalam rumah untuk tempoh yang berpanjangan. 

Ambil perhatian bahawa individu kulit gelap memerlukan masa yang lebih lama daripada pendedahan cahaya matahari untuk pengeluaran Vitamin D.
Menurut Kajian Asia Tenggara Pemakanan (Seanuts) yang bermula pada tahun 2009 dan terlibat 16.744 kanak-kanak, hampir separuh daripada populasi kajian mereka telah tahap rendah vitamin D. Selain itu, lebih daripada satu pertiga tidak mendapat jumlah yang mencukupi tenaga, kalsium dan vitamin D dalam diet.
  • Besi
Mineral ini adalah penting untuk pengeluaran darah dan membina otot. Bagi kanak-kanak yang semakin meningkat, seseorang perlu mempunyai pengambilan zat besi yang mencukupi.

Sumber: Daging (daging lembu, ayam belanda), hati, bayam (bayam)
  • kalsium
Mineral ini adalah penting untuk perkembangan tulang dan memastikan kekuatan tulang. Kekurangan kalsium pasti akan memberi kesan kepada pertumbuhan kerana perkembangan tulang yang tidak normal dan juga menyebabkan osteoporosis apabila dewasa kelak.

Sumber: Susu, keju, yogurt, sayur-sayuran seperti bayam, brokoli
  • Asid Amino
Asid amino adalah blok bangunan protein dan mereka adalah penting bagi pertumbuhan normal dan perkembangan kanak-kanak itu, dan pengeluaran antibodi.

9 daripada 22 asid amino (blok binaan protein) adalah dianggap sebagai asid amino penting. Ini kerana makanan adalah satu-satunya sumber untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi ini 9 asid amino.
Kajian WHO menunjukkan bahawa lisin, methionine, cysteine, threonine dan tryptophan sebagai yang paling penting asid amino kurang dalam diet kanak-kanak di negara membangun.

Apakah Lisin?
"Lysine merupakan salah satu asid amino penting.
Lysine membantu meningkatkan selera makan dan akan membantu meningkatkan pengambilan pelbagai makanan kanak-kanak. Selain itu, lisin meningkatkan penyerapan usus serta meningkatkan penyerapan kalsium untuk mencegah osteoporosis.
Malangnya, ramai kanak-kanak tidak mendapat lisin yang mencukupi dalam diet dan pelajaran telah menunjukkan bahawa orang-orang yang ditambah dengan lisin membawa kepada pertumbuhan yang lebih baik dan berat badan."
 Adakah penting bagi kanak-kanak mempunyai selera makan yang baik dan diet yang sihat?

Kita tidak boleh terlalu mementingkan kepentingan untuk kanak-kanak untuk mempunyai diet yang sihat, berkhasiat dan seimbang untuk memastikan bahawa mereka akan mendapat semua unsur-unsur yang penting. Makan pelbagai jenis makanan dalam jumlah yang sihat akan mencapai matlamat ini.

Kanak-kanak yang cerewet makan, yang mempunyai kurang selera makan atau yang sejenis khas mengamalkan diet akan mendapat manfaat daripada menerima makanan tambahan. Makanan tambahan yang berguna adalah mereka yang akan meningkatkan selera makan dan mencegah kekurangan elemen-elemen ini penting supaya kita dapat memastikan pertumbuhan yang sihat dan pembangunan untuk anak-anak kita

p/s : anak Che Amy yang sulung masa umur 2-4tahun memilih makan, terpaksa bagi mealshake Shaklee & Omega Guard, baru de selera makan. Sekarang mealshake stop omega continue untuk otak, Alhamdulillah makan tak memilih dah..telan selagi boleh telan hahaha....

Anak intan payung Che Amy, Amni, sekarang sanggatttt la memilih makan, tapi paham sangat sebab kesan kimoterapi memang menghilangkan selera makan & mengambil masa yang panjang utuk kembali pulih. Skrg dah setahun lebih telan VIVIX, ada la selera makan tu hukhukhuk...




Sharing is caring



Wednesday 7 October 2015

Pengganti Evening Primrose Oil (EPO)

Korang Tahu Tak
=============

Gla Complex boleh mengganti EPO yang anda ambil ketika PMS setiap bulan .

MALAH...Gla Complex boleh megurangkan ketidakselesaan anda ketika period bahkan akan mungkin menghilangkan terus ( pengalaman Che Amy sendiri)  ketidakselesaan ketika period seterusnya sekiranya pengambilan secara konsisten!!

WOW!!!! 
TUNGGU!

15 Manfaat lain mengenai Gla Complex

1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
2. Membantu meningkatkan kesuburan.
3. Melegakan PMS.
4. Membantu dalam menangani menopos.
5. Menguatkan kuku dan rambut.
6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
7. Membantu menangani ekzema.
8. Melegakan simptom akibat arthritis rheumatoid.
9. Mengandungi vitamin E membantu menguatkan dinding arteri.
10. Menguatkan imuniti tubuh.
11. Melambatkan proses penuaan.
12. Membantu mengurangkan blood clot yg boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
14. Mengawal kolestrol.
15. Untuk fungsi saraf.

TUNGGU!

Promosi October 2015 Beli 2 dapat Diskaun 5%!

WOW!!!

TUNGGU!

Che Amy nak Tambah lagi kegembiraan kepada korang, tambah lagi diskaun 5% bermakna 5% + 5% = 10% setiap pembelian Gla complex....setiap pembelian product shaklee yang lain hanya 5% diskaun dengan Che Amy sepanjang bulan October 2015 sempurna bulan kelahiran anak sulung Che amy!!! hip...hip horreyyy!!!!

WOW!!!

Tak perlu tunggu lagi, jom grab sebelum terlambat!



⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
'Call/SMS/WhatsApp: 012-653.9060 (Amylia)
PM FB https://www.facebook.com/pages/Double-Healthy-e-shoppe
   COD Area:SELURUH KAWASAN AMPANG, KUALA LUMPUR (KLCC, AMPANG PARK,SEKITAR BUKIT BINTANG) CHERAS, KELANA JAYA , & SUBANG

20 list perkembangan bayi 7-12 bulan

Ibu @ Mommy baru di luar sana yang ada baby belum setahun, jom check list di bawah perkembangan baby anda, ia dapat membantu ibu @ mommy di luar memantau perkembangan anak korang. sekiranya 20 list ini hanya beberapa sahaja perkembangan baby anda tersenarai, mohon buat check up dengan doktor pakar.

Che Amy share untuk semua sebab Che Amy pun ada baby kecil, next month ckup setahun, rasanya tak pernah boh lagi pic si kecik Che amy kt blog... nak ni muka budak kecik yang kuat menggigit & kuat bergelak sakan bila si abang @ si kakak main chak..chak dengan dia...

cik kecik kena buli dengan si kakak amni kena pkai cekak... "saya boy"
 Jom check list di bawah perkembangan bayi 7- 12 bulan :-
1. Mula kenal orang yang berada di sekelilingnya atau yang biasa dilihatnya.
2. Mampu menolak barang yang tidak diingini.
3. Suka permainan mudah seperti ba ba cak. 
4. Boleh mengangkat tangan tanda ucapan selamat tinggal.
5. Memberikan respon apabila namanya dipanggil.
6. Mula berguling, duduk dengan tegap tanpa bantuan sokongan.
7. Merangkak dengan laju terutama ke tempat sasaran.
8. Berdiri dengan berpegang pada sesuatu misalnya perabot dan bertatih secara perlahan-lahan apabila tangannya dipegang.
9. Kedua belah tangan digunakan untuk mengambil atau mengangkat sesuatu objek.
10. Boleh mengambil objek besar atau kecil.
11. Mula boleh menyuap makanan jejari atau menggunakan sudu dengan sendiri.
12. Boleh bertepuk tangan.
13. Membuat bunyi seperti da-da, ma-ma, ba-ba.
14. Memahami frasa mudah seperti "tidak", "hilang", "jangan" dan "susu".
15. Menyukai alat permainan berirama.
16. Melihat pada persekitaran apabila mendengar buny-bunyian.
17. Daya penglihatan masih terhad iaitu hanya sebesar kismis.
18. Akan tersenyum apabila melihat wajahnya sendiri di cermin.
19. Boleh melihat pelbagai jenis warna.
20. Akan menangis apabila orang yang dia kenali pura-pura meninggalkannya.

Sumber : pama.karangkraf



Sharing is caring



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews