Wednesday 7 October 2015

20 list perkembangan bayi 7-12 bulan

Ibu @ Mommy baru di luar sana yang ada baby belum setahun, jom check list di bawah perkembangan baby anda, ia dapat membantu ibu @ mommy di luar memantau perkembangan anak korang. sekiranya 20 list ini hanya beberapa sahaja perkembangan baby anda tersenarai, mohon buat check up dengan doktor pakar.

Che Amy share untuk semua sebab Che Amy pun ada baby kecil, next month ckup setahun, rasanya tak pernah boh lagi pic si kecik Che amy kt blog... nak ni muka budak kecik yang kuat menggigit & kuat bergelak sakan bila si abang @ si kakak main chak..chak dengan dia...

cik kecik kena buli dengan si kakak amni kena pkai cekak... "saya boy"
 Jom check list di bawah perkembangan bayi 7- 12 bulan :-
1. Mula kenal orang yang berada di sekelilingnya atau yang biasa dilihatnya.
2. Mampu menolak barang yang tidak diingini.
3. Suka permainan mudah seperti ba ba cak. 
4. Boleh mengangkat tangan tanda ucapan selamat tinggal.
5. Memberikan respon apabila namanya dipanggil.
6. Mula berguling, duduk dengan tegap tanpa bantuan sokongan.
7. Merangkak dengan laju terutama ke tempat sasaran.
8. Berdiri dengan berpegang pada sesuatu misalnya perabot dan bertatih secara perlahan-lahan apabila tangannya dipegang.
9. Kedua belah tangan digunakan untuk mengambil atau mengangkat sesuatu objek.
10. Boleh mengambil objek besar atau kecil.
11. Mula boleh menyuap makanan jejari atau menggunakan sudu dengan sendiri.
12. Boleh bertepuk tangan.
13. Membuat bunyi seperti da-da, ma-ma, ba-ba.
14. Memahami frasa mudah seperti "tidak", "hilang", "jangan" dan "susu".
15. Menyukai alat permainan berirama.
16. Melihat pada persekitaran apabila mendengar buny-bunyian.
17. Daya penglihatan masih terhad iaitu hanya sebesar kismis.
18. Akan tersenyum apabila melihat wajahnya sendiri di cermin.
19. Boleh melihat pelbagai jenis warna.
20. Akan menangis apabila orang yang dia kenali pura-pura meninggalkannya.

Sumber : pama.karangkraf



Sharing is caring



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews