Sunday 4 October 2015

9 Tips Cara Atasi Anak Kuat Mengamuk dan Menjerit

Entry kali ni nak share cara mudah atasi anak kuat mengamuk & menjerit..

Memalam tengah free ni, che amy dok google doa2 untuk mengurangkan anak2 kuat menangis, sedang dok layan, tetiba nak share apa yang che amy jumpa...Totally, che amy share sebab ada beberapa tips yang che amy pratik & amalkan berkesan sangat... anak che amy yang kerap mengamuk,menangis,menjerit anak syurga che amy,amni. Since lepas treatment kimoterapi 2014, che amy notis kalau time menangis,bukan main, berguling2, menjerit sekuat hati, kalau kat shopping mall jangan cakap, menangis mesti kuat, cuma aksi je kurang sikit,( mungkin gegirl still ada perasaan malu orang tengok...)

Che amy rasa mungkin sebab kesan daripada kimoterapi yang membuatkan emosi amni terganggu.. mungkin ya, sebab sebelum2 buat kimoterapi, nangis amni tidak la teruk sangat berpanjangan, masih under control lagi,... tapi sejak abis treatment, kusss semangat time dia menangis....kekadang geram tu memang ada,cuma che amy mampu berdoa je semoga ALLAH banyak kan kesabaran che amy untuk anak syurga che amy,amni syakira..

ok! jom kita lihat  9 Cara Mudah Atasi Anak Kuat Mengamuk & Menjerit

1) Letakkan Anak Di atas Riba ( yes, che amy sentiasa buat,ini yang penting)

Ambil anak dan dudukkan dia di atas riba anda. Pegang dia dari belakang seperti gambar di bawah. Anda boleh membawa kepalanya bersandar di dada anda.



2) Bisikan Sesuatu ( yes, che amy buat, kekadang berkesan kekadang tak hehehe)

Bisikan pada anak anda, beritahu dekat dia yang anda sayang sangat dekat dia dan understand perasaan dia.

3) Membaca Doa (yes, sangat berkesan, baca kena betul kat telinga dia tetapi dalam hati)
Bagi yang Muslim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepada anak anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.

4) Kata2 Kasih Sayang ( yes, che buat,kesan ada la sikit2)

Terus tenangkan dia dengan kata-kata kasih sayang, tapi kena ingat, anda pun perlu tenang juga 

5) Jangan Marah ( ermmmm che amy kalau sampai tahap ni,che amy terus pass batton pujuk kt en somi hahaha)

Jangan sesekali marah dan menjerit atau memukulnya konon2nya untuk mendisiplinkan dia. Ini akan menjadikan dia anak yang pengecut atau lebih suka memberontak.

Tidak mustahil juga, anak yang kuat menjerit kerana dia sudah biasa dengan keadaan rumah atau ibu dan ayah yang kuat menjerit.


Bagaimana Pula Jika Anak Tidak Mahu Dipegang?


6) Biarkan Seketika 

Anda duduk tidak jauh daripada anak itu, biarkan dia melayan perasaan sendirian untuk seketika.

7) Ucapkan Kasih Sayang

Sebutkan anda sayang dia dan dia boleh merengek dan menangis untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya.

8) Beri Sedikit Ruang Kepada Anak

Katakan sekiranya dia dah puas mengamuk dan menjerit, dia boleh datang kepada anda dan dia boleh bercakap dengan baik apa yang dia hendak dan waktu ini, peluklah dia.

9) Nasihat ( yes, lepas nangis, ada sikit tp dari 10,2 je la dapat di terima amni,slow,berkesan jugak)

Bila dia sudah tenang, barulah beritahu dia bahawa lain kali dia tidak perlu mengamuk lagi, dia hanya perlu datang dan memberitahu anda apa yang dia mahu.

Jika boleh anda akan memberi apa yang dia nak.

Jika tidak alternatif lain akan difikirkan.

Semasa ini juga anda boleh menyatakan bahwa anda juga boleh hilang sabar jika dia suka mengamuk. Namun, berilah tahu dengan tenang tanpa menakut-nakutkan mereka.

Tenang dan kawal diri, itulah kunci paling penting untuk kita sebagai ibu dan bapa. Memang kalau ikutkan hati kita pula nak mengamuk kan? hehee.


sumber : mama Qaireen



Sharing is caring

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews