Friday 2 October 2015

Amni E.U.A di HKL

Assalamualaikum.....

2 hari lepas che amy busy skit, sebab temankan amni p hospital buat E.U.A (Examination Under Anesthesia) .... selepas kimo, amni akan sentiasa buat EUA ni. Tahun lepas 3 bulan sekali kena buat EUA ni...tapi alhamdulillah tahun ni doctor saran 4 bulan sekali, sebab bila tengok keadaan & segala result baik dari result darah, kesihatan & kanser tu, doctor saran 4 bulan,..doctor cakap kalau result semakin baik InsyaAllah mungkin 6 bulan sekali @ setahun sekali buat EUA ni....

EUA itu apa? EUA ni pemeriksaan di bawah bius. iaitu penyiasatan yang dijalankan di bawah anestetik am (pesakit sedang tidur) untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kanser dalam badan. Sebaik sahaja tidur@ pengsan doktor akan menjalankan pemeriksaan dalaman manakala otot adalah lebih tenang dan ia adalah lebih mudah untuk doktor untuk memeriksa. Ini boleh juga melibatkan melihat ke dalam pundi kencing dan usus adan mengambil beberapa biopsi, jika perlu la....amni idok la,dia hanya bahagian mata sahaja....amni buat sebab untuk memantau kanser tidak merebak bahagian mata kiri & bahagian anggota lain kerana result 2thn lepas makmal bagitahu,ada kanser halus terkeluar dari saraf mata.....Tujuannya adalah untuk mengetahui peringkat (yang menerangkan saiz dan tahap) kanser.

EUA amni tak ambil masa lama pun tapi masa nak menunggu tu yang lama la sesangat, paham2 je la kan buat under gomen....

30 Semptember 2015
3.00 petang- masuk ward Opthamolgy HKL, Sehari sebelum buat EUA, amni kena masuk ward awal, sebab doctor bius kena tgk keadaan amni, sihat ke x, kalau tak sihat, EUA tak dibenarkan buat, so macam biasa nak pukul 3 petang baru masuk ward, sebab tau dah waktu doctor bius datang bila, kalau masuk ward pagi2, jenuh nak nunggu lama....

4.00 petang- doctor bius datang jumpa amni, minta ibu sign surat kebenaran, check amni, dah settle jumpa doctor bius, esok amni boleh buat EUA.

4.35 petang - doctor mata pula datang tengok amni, check2 semua bagai, sign surat.ok settle jumpa doctor mata. part ni memang ibu amni tunggu hahaha..sebab nk minta surat "Home leave" - surat pelepasan pesakit untuk pulang ke rumah...maksudnya amni tak tido di hospital, pulang ke rumah, tetapi akan datang semula keesokkan harinya, untuk EUA.

5.40 petang - hip horrey!!! balik rumah, tido kat rumah....sok pagi2 pas subuh datang balik hospital...

katil 35...kenangan 2thn lepas duduk ctu selama 5 hari....
01 October 2015

7.30 pagi - datang masuk ward optha, lepak2 jap...nak p breakfast tak boleh, sebab amni kena puasa since malam tadi, so ibu pun tak leh nak makan gak, kang makan tak pasal2 amni nak, abis puasa... kecian ibu lain macam skit...so sama berpuasa hehehe...

08.20 pagi - Doctor pakar, datang jumpa amni nak tengok perkembangan & rekod amni, so time ni la ibu berpeluang bertnya macam2 pasal kes amni dengan doctor pakar...gedebak gedebuk soalan, akhirnya, doctor cakap alhamdulillah amni ye result lepas ok tiada masalah, serpihan kanser yang dulu suspect merebak, tidak kelihatan & mata kiri alhamdulillah sihat, tiada masalah..syukurrrr....at the same time, ibu minta mata amni kali ni tukar, sebb dah setahun tak tukar & mata amni nampak kecil skit,....cer tengok pic atas, nampak kicil kecil kan...

8.30 pagi - 2.10petang - fuhh!!!!! meroyan jap xtau nak buat apa....amni ye giliran kali ni patient yang akhir...adoiiiyai anak...nak p makan tak boleh, nak buat kerja ape...pun tak tau...so maka, amni buat colouring book  tgk upin ipin, ibu tido, bangun tido...hahahaha

amni dah tak larat menunggu..tido sat....
2.30 petang - amni masuk OT, ibu la peneman setia anak syurga ibu....papa cam biasa tunggu kat luar...alhamdulillah tak lama pun...amni masuk, setegahjam kemudian, pakar jumpa ibu, explain semua, result EUA hari ini,alhamdulillah, doktor masih suprise lagi mata yang di buang, bahagian daging dalam masih cantik walaupun dah nak masuk 2 tahun,mata kanan di buang, sel2 bahagian mata tu pun tak mati...doctor cakap selalu bahagian tersebut daging jadi kecut...bila tanya makna ye? progress macam itu yang mereka nak, supaya kanser dapat dihapuskan dengan rawatan2 yang di beri tapi kebanyakkan patient lain dah kecut so sukar rawatan di beri untuk menghapuskan kanser....ok amni leh keluar dr bilik OT...

amni dapat belon...memang selalu doctor2 @ nurse dalam bilik OT
buat kan belon tuk kanak2 ...creative..pandai..terima kasih..
3.15 petang - amni dah keluar dari OT. boleh naik ward biasa....selalu amni tak ambil masa lama nak sedar, time nak naik ward pun dah sedar pun..so xpayah tunggu lama2, amni dah boleh discharge..horeeyyy...


4.30 petang - alhamdulillah amni boleh discharge...amni dah tukar mata baru...alamak gambar amni terkini lupa nak ambil hehe...tak ape nanti ibu share gambar amni k...


lagi 4 bulan amni buat EUA lagi...



Sharing is caring









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews