Tuesday 13 October 2015

Bagaimana kanser terjadi?



Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Jom kita lihat video ini untuk lebih memahami bagaimana sel-sel kanser terjadi.

sumber : youtube

Bagaimana Kanser Bermula

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.

"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.


Bagaimana Sel Kanser Merebak

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.


Disini dapat di simpulkan :-
  • sistem imun dalam badan adalah penting sebagai askar @ banteng PERTAMA & TERAKHIR untuk menghapuskan kanser terus merebak.
Pastikan korang semua mempunyai sistem imun yang sangat baik sebagai askar dalam badan korang. Amni Syakira anak che amy pesakit kanser, telah pun Che Amy "kejutkan" & masukkan seberapa banyak "askar" dalam badan dia untuk meningkatkan sistem imun dalam badan dia..Alhamdulillah, since kimo May 2014 last year sampai sekarang 2015, amni belum demam & jarang selsema...TERINGAT Dr TEH HKL
" mak amni jangan rindu saya, lepas ni amni akan jumpa saya walaupun dia dah abis kimo, sebab imun bdan tak kuat, boleh kerap demam & tidak sihat, kalau dia demam, mak kena segera datang sini ok.."  
 Askar apa yang Che Amy masukkan,boleh klik kat sini askar-askar Amni Syakira.



Sharing is caring.....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews